29 Julai 2009

TUJUAN BLOG INI DIWUJUDKAN

KOTA BHARU 29 July - Sebagai seorang pelajar yang baru bermula pengajian peringkat Doktor Falasafah sudah tentunya menghadapi berbagai masalah. Terutama kesuntukan masa, tanggungjawab kepada kerjaya dan keluarga. Namun begitu semua itu bukan penghalang untuk meneruskan pengajian.

Sebagai bahan perkongsian dengan rakan-rakan pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat mengikuti pengajian peringkat PhD blog ini boleh dijadiakn panduan terutama perjalanan yang saya hadapi.

Blog ini akan mencatat tapak perjalanan saya sehingga sampai ke distinasi - iaitu PhD insyaallah.

22 Julai 2009

Ybhg Dr,

SURAT PENGESAHAN PELAJAR PhD UMK.

Merujuk kepada perkara diatas saya bercadang mengunjungi Pengarah MARA Negeri Kelantan secara rasmi, untuk saya memulakan perbincangan mengenai usahawan dibawah bimbingan MARA Kelantan.

Perbicangan akan tertumpu kepada mendapatkan data dan pencapaian usahawan secara keseluruhannya.

Dengan ini saya memerlukan surat rasmi dari Dr kepada Pengarah Mara Kelantan seperti alamat dibawah.

MARA NEGERI KELANTAN

Tkt. 6, Kompleks MARA,
Jalan Dato' Pati,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09 - 7482091 / 7443806

Sekian

Wassalam

Mat Nasir
(A09E001F)


Ybhg Dr Ghazali Ahmad
Pensyarah Kanan
UMK

Salam,
Ybhg Dr,


Hari ini saya menerima salina surat perlantikan Dr sebagai penyelia saya.
Bersama surat ini disertakan Borang Laporan Kemajuan Penyelidikan Paschasiswazah untuk diisi oleh saya.

Saya akan hantar borang itu semasa perbincangan yang kedua dengan Dr pada 30 July nanti.
Saya berdoa semuga Dr dapat membimbing saya sehingga tamat pengajian ini.

Diatas bimbingan dan sokongan Dr saya ucapkan terima kasih.

Wassalam

TQ

Mat Nasir
(A09E001F

15 Julai 2009















KAMPUS UMK DI TAMAN BENDAHARA PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU





Nama: Dr. Ghazali b. Ahmad

Jawatan: Senior Lecturer

Email: ghazali@umk.edu.my

Samb: 7255

Bidang Penyelidikan:

Tourism and Hospitality Management, Tourism and Hospitality Entrepreneurship


Dr Ghazali adalah peyelia saya sepanjang menyiapkan pengajian Doktor Falsafah di UMK.

14 Julai 2009

MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR

PENGKALAN CHEPA 7July- Pendaftaran sebagai pelajar PhD bermula jam 800 pagi pada 7/7/2009 bertempat di Perpustakaan UMK. Setelah selesai taklimat saya menghubungi penyelia saya Dr Ghazali.

Dalam perbincangan yang pertama saya telah diberi tugas untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk tesis yang akan dibuat nanti.

Pertemuan berikut ialah pada 30 July 2009 di UMK.
TARIKH KERAMAT

HUDA 15 July- Rasa syukur yang amat sangat kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan izinNya saya diterima sebagai pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 7 July 2009.

Selepas menamatkan pengajian ijazah dari Universiti Malaya tahun 1978 dan Universiti Utara Malaysia 2008, serkarang sambung belajar lagi di UMK.

Program yang saya ikuti di UMK ialah Doktor Falsafah (Ph D). Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Penyelia saya ialah Dr Ghazali.